THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES ?

About Me

My photo
seorang anak murid sekolah menengah GUANGYANG . ingin berusaha untuk mencapai dalam pelbagai SUBJEK . jadi kawan saya dan saya akan MENYAYANGI kamu . :D

kenapa lari rumah ?

a comic strip!

kenapa lambat

Tuesday, January 27, 2009

karangan

ERTI PERSAHABATAN

Erti persahabatan itu cukup bermakna dalam kehidupan ku . Kerana sahabat ku tidak pernah kesunyian . Kerana sahabat ku tetap gembira sepanjang masa . Inilah yang diberi oleh tiga teman baik ku . Namun segala kebahagian ada ritihannya . Begitu juga dalam persahabatan kami .

Kesemua temanku mempunyai cara yang berbeza . Walaubagaimanapun kami tetap menerima cara kami yang tersendiri . Temanku yang bernama Lynn sungguh degil orangnya . Kata-kata nasihat seorang tidak ingin dia dengari . Dia hanya mahu melakukannya secara sendiri . Temanku yang bernama Ayin pula berperangai agak sama seperti Lynn tetapi orangnya baik dihati . Dia seorang yang suka mengkasihani seseorang walaupun orang itu berkelakuan buruk terhadapnya . Lagi satu temanku yang bernama Myra berkelakuan seperti ku . Segala kesukaran dan kebencian kami sama . Namun perangainya sahaja yang berbeza daripada ku . Walau apa-apapun kami tetap menyayangi satu sama lain . Kita melalui segala liku-liku hidup bersama . Tidak kira yang baik ataupun buruk .

Kewangan pernah menjadi masalah di kalangan satu antara kita . Kita sedari bahawa kita ini bukan orang yang kaya dengan wang . Duit sekolah yang diberi oleh ibubapa kami juga hanya cukup-cukup untuk pengajaran diri sendiri . Namun walaubagaimanapun sedikit makanan yang kami punyai kami kongsi antara satu sama lain . Kami tahu akan kesusahan keluarga sendiri . Sebagai seorang teman , kami harus menolong satu sama lain walaupun kami sendiri yang sedang dalam kesusahan .

Kami juga tidak lokek dengan apa yang kita mempunyai . Pernah satu ketika aku dan Ayin bekerja untuk mencari duit sendiri semasa cuti sekolah . Namun apabila kami mendapati gaji kami , kami membelanja yang lain makan . Kami mengongsi setiap kebahagian yang kami lalui bersama ketika itu . Namun kini , hari itu hanya menjadi memori di dalam ingatan kami .

Kami juga melalui kepahitan bersama . Pelbagai kepahitan . Daripada salah paham antara satu sama lain hingga ke pergaduhan dengan orang lain . Walaupun ia tiada kena-mengena dengan diri sendiri , kami tetap membantu satu sama lain kerana kami sahabat .

Kini ku sedari bahawa walau jahat ataupun baik seseorang itu , hanya cinta dihati yang dapat menyatukan kami , tidak kira sebagai seorang ahli keluarga , kekasih hati ataupun sahabat .

[ 370 PERKATAAN ]

0 comments: