THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES ?

About Me

My photo
seorang anak murid sekolah menengah GUANGYANG . ingin berusaha untuk mencapai dalam pelbagai SUBJEK . jadi kawan saya dan saya akan MENYAYANGI kamu . :D

kenapa lari rumah ?

a comic strip!

kenapa lambat

Wednesday, July 23, 2008

Gasing- Perbezaan

Gasing Uri

Gasing uri memerlukan dua orang. Seorang memegang cokok dan seorang lagi memegang lopok. Cokok diperbuat daripada kayu dan berbentuk leper seperti sudip, kira-kira 60 cm panjang. Lopok juga diperbuat danipada kayu tetapi berbentuk torak atau pun seperti pancang, 45 cm panjang. Cokok diperbuat daripada kayu dan berbentuk leper seperti sudip, kira-kira 60 cm panjang. Lopok juga diperbuat danipada kayu tetapi berbentuk torak atau pun seperti pancang, 45 cm panjang.

Gasing pangkah

Gasing pangkah pula dimain secara berkumpulan. Setiap pasukan terdiri daripada dua hingga lima orang. Untuk menentukan pasukan menanti dan pasukan memangkah, peraduan uri diadakan, antara gasing-gasing yang mewakili pasukan-pasukan yang mengambil bahagian.

Pasukan yang gasingnya paling lama berpusing menjadi pasukan memangkah pertama. Permainan dimulakan dengan pasukan menanti melemparkan gasing mereka ke tengah-tengah bong. Kemudian pasukan memangkah pula memangkah gasing mereka. Tiap-tiap gasing pasukan memangkah mesti mengetuk salah satu gasing pasukan menanti. Tujuannya ialah sama ada memecahkan gasing lawan ataupun sekurang-kurangnya menjejaskan keseimbangan pergerakannya supaya cepat berhenti berpusing.

Dalam perlawanan gasing ini, setiap pasukan mempunyai jong cokok. Selesai pemangkahan, gasing-gasing di dalam bong itu dicokokkan dan dipindahkan ke atas lopok, seperti dalam pentandingan gasing uri. Jika salah satu gasing pihak menanti berpusing lebih lama, pihak itu tidak diberi markah tetapi ditukarkan menjadi pemangkah. Pasukan yang memangkah tadi kini menjadi pasukan menanti pula.

(dipetik daripada lelaman web http://malaysiana.pnm.my/03/0307gasing.htm)

Gasing- Gambar



Beberapa gambar gasing untuk menunjukkan contoh-contoh bentuk dan saiz sebuah gasing. :D

Gasing moden terkini ada yang berwarna.





Sunday, July 20, 2008

Gasing-cara bermain

Cara bermain

Gasing memerlukan tali yang setebal 1.75 cm dan sepanjang 3 hingga 5 meter . Ia pula dililitkan pada jambulnya hingga meliputi seluruh permukaan gasing. Supaya gasing itu berpusing, ia harus dilemparkan ke atas tanah dan serentak dengan itu tali yang melilit jambuhnya direnggut.

Gasing juga ada pertandingannya namun, pertandingan antara gasing uri dan gasing pangkah cukup berbeza. Gasing uri lebih bersifat individual, manakala gasing pangkah bersifat kumpulan.

(dipetik daripada lelaman web http://malaysiana.pnm.my/03/0307gasing.htm)

Saturday, July 19, 2008

Gasing-cara bermain

Cara bermain

Ia mempunyai dua cara untuk bermain iaitu gasing pangkah atau gasing uri.

Gasing pangkah, dimainkan dengan melemparkannya supaya mengetuk gasing lawan.

Gasing uri dipertandingkan untuk menguji ketahanannya berpusing.

Gasing pinang pula dimainkan oleh kanak-kanak. Ia mudah dikupaskan sabut dan kulitnya, dipangkaskan bahagian atas dan bahagian bawahnya, kemudian dicucukkan lidi buluh melalui pulurnya menjadi paksi serta pemegang gasing itu. Gasing ini boleh dilagakan atau diurikan.

(dipetik daripada lelaman web http://malaysiana.pnm.my/03/0307gasing.htm)

Permainan tradisional- Gasing

Gasing

Gasing popular di Semenanjung terutama di Kelantan. Orang dewasa yang memajukan seni permainan ini, bagi kanak-kanak lebih gemar dengan gasing Melayu dan Cina, kerana saiz yang kecil dan mudah dipermainkan.

Jenis-jenis gasing

Terdapat pelbagai bentuk gasing. Contoh-contoh gasing ialah seperti gasing jantung, gasing piring atau leper, gasing kelamar, gasing telur, gasing berembang, gasing Melayu, gasing Cina, gasing buku benang dan gasing pinang.

(dipetik daripada lelaman web http://malaysiana.pnm.my/03/0307gasing.htm)

Friday, July 18, 2008

Gasing

Cara membuat gasing

Gasing selalunyaa diperbuat daripada kayu. Kayu yang digunakan ialah dari spesis merbau, seperti merbau tanduk, merbau darah, merbau johol dan merbau keradah, ianya mudah dilarik tetapi tidak mudah serpih tetapi adalah pelbagai lagi kayu yang digunakan juga seperti kayu leban tanduk, limau, bakau, koran, sepan, penaga, keranji. Kayu seperti kayu manggis, jambu batu, ciku atau asam jawa, yang senang dijumpai, juga digunakan.

Ia dibuat mengikut saiz dan bentuk gasing yang ditentukan oleh pemilik. Kayu itu dilarik.
besi paksi dibenamkan ke dalam kayu tersebut agar keseimbangan dari segi bulatnya dapat dilakukan ketika melarik.

(dipetik daripada lelaman web http://malaysiana.pnm.my/03/0307gasing.htm)

Cara permainan-Menimbang dan Mati Permainan

Setelah akhir kesemua tujuh peringkat, tiba pula peringkat menimbang dan mati permainan.

Menimbang

Dalam peringkat ini, pemain harus menimbang batu untuk mendapatkan mata. Menimbang buah diperingkat ini ada dua kaedah. Cara pertama sama seperti permulaan menentukan pemain, mata dikira hanya mengikut bilangan biji buah yang dapat ditimbang tetapi jika buah yang ditimbang itu disambut dengan cara mencangkuk, maka mata dikira sekali ganda dari jumlah biji buah yang dapat disambutnya.

Mati Permainan

Sekiranya ibu tidak dapat disambut atau semasa mengutip buah di atas lantai tangan mengenai biji buah yang lain atau tidak dapat mengutip buah sehingga ibu jatuh atau semasa menimbang buah dan pemain tidak dapat walau sebiji buah ianya dikira mati, iaitu permainan ditamatkan, dan permainan akan diserahkan kepada pemain seterusnya.

(dipetik dari lelaman web http://malaysiana.pnm.my/03/0302batu_seremban.htm)

Tuesday, July 15, 2008

Batu Seremban-Peringkat Empat, Lima, Enam dan Tujuh.

Peringkat kelima dipanggil sebagai Buah Lima.

Diperingkat ini urutan dari memainkan buah empat, sementara di dalam tangan tergenggam lima biji buah, sebiji dari buah hendaklah dilambungkan dan empat biji buah baki hendaklah diletakkan di atas lantai pula serta menyambut buah ibu sahaja.

Walaupun peringkat ini nombor lima, saya rasa peringkat ini agak senang seperti peringkat pertama.

Peringkat Keenam dipanggil Buah Enam.

Ditahap buah enam terdapat perbezaan, ianya juga dinamakan buah tukar dimana dua biji buah dijadikan buah ibu. Apabila sebiji daripadanya dilambungkan ke udara maka sebiji lagi buah ibu itu hendaklah ditukarkan dengan buah lain yang terdapat di atas lantai. Ia diulang sehingga habis.

Peringkat ini juga tidak begitu susah tetapi agak mencabar buat saya.

Peringkat Ketujuh dipanggil Buah Tujuh.

Buah tujuh adalah urutan dari peringkat permainan buah enam. Dua biji buah yang masih berada di dalam tangan hendaklah dilambungkan serantak. Sementera itu, sebiji buah hendaklah dikutip. Buah ibu hendaklah disambut dengan kedua belah tangan, sebiji disebelah kanan dan sebiji lagi disebelah kiri. Pada buah ibu yang terakhir dilambungkah hendaklah juga disambut.

Peringkat ini susah buat saya walaupun ia agak sama dengan peringkat yang keenam.

(Dipetik daripada lelaman web:http://malaysiana.pnm.my/03/0302batu_seremban.htm)

Batu Seremban-Peringkat Satu, Dua dan Tiga

Setiap peringkat ada nama tersendiri.

Peringkat satu dipanggil Buah Satu.

Kesemua lima-lima buah harus ditabur di atas lantai supaya kelihatan berselerak dan kesemua buah itu tidak boleh sentuh antara satu dengan yang lain. Sebiji buah diambil untuk dijadikan ibu dan ia dilempar ke udara. Dalam masa yang sama sementara buah ibu masih berada diudara, sebiji lagi buah hendaklah dikutip dan sementara itu, pemain hendaklah menyambut buah ibu apabila telah disambut sebiji buah hendaklah digenggam di dalam tangan yang sebelah lagi. Perlakuan begini dibuat berterusan sehingga kesemua buah di atas lantai itu habis dilambung dan disambut.

Peringkat ini agak senang buat saya! :)

Peringkat kedua pula dipanggil Batu Dua.

Cara buah dua dimainkan adalah serupa seperti buah satu, tetapi buah yang dikutip mestilah dengan dua biji serentak. Peringkat ini hanya memerlukan dua langkah.

Peringkat ini agak sama tetapi susah sedikit kerana saya harus memegang dua batu dalam satu tangan!

Peringkat tiga dipanggil Batu Tiga.

Buah tiga pula terdapat sedikit perbezaan. Langkah pertama adalah dengan mengutip sebiji buah dahulu. Akhirnya, ketiga-tiga buah yang belum dikutip akan terus dikutip serentak.
Peringkat tiga ini agak susah dimainkan.

Saya sendiri mempunyai kesusahan!

(Dipetik daripada lelaman web:http://malaysiana.pnm.my/03/0302batu_seremban.htm)

Tuesday, July 8, 2008

Contoh gambar Batu Seremban

Ini adalah beberapa gambar menunjukkan bentuk Batu Seremban.

Sebenarnya, gambar-gambar ini telah menarik perhatian saya dan kerana itu, saya post gambar ini untuk mengongsinya dengan kamu semua.
(Dipetik daripada Google)

Batu seremban-Cara bermain

Sebelum mula permainan, seorang demi seorang pemain dikehendaki menimbang buah, bagi mendapatkan mata sebagai penentuan siapa yang akan bermain dahulu sebagai pemain pertama, kedua, ketiga dan seterusnya. Cara menimbang buah adalah dengan kesemua buah diletakkan di atas tapak tangan dan dilambung keudara, kemudiannya hendaklah disambut pula dengan belakang tapak tangan. Jumlah buah yang dapat disambut itu adalah dikira sebagai mata.

Cara bermain

Permainan ini terdapat sembilan peringkat. Peringkat satu dinamakan Buah Satu dan seterusnya hingga Buah Tujuh lalu harus Menimbang dan akhirnya Mati Permainan untuk berakhirkannya.

(semuanya dipetik daripada lelaman web:http://malaysiana.pnm.my/03/0302batu_seremban.htm)

Wednesday, July 2, 2008

Batu seremban-intro

Batu seremban

Batu seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Selalunya dimain oleh kanak-kanak perempuan. Ia boleh dimain secara individu ataupun berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih.

Lima buah objek diperlukan untuk bermain permainan ini.

Dimain di atas lantai ataupun tempat yang licin dan rata untuk mudahkan permainan.

Dalam permainan ini, terdapat sembilan tahap. Setiap tahap ada berlainan cara bermain. Semakin lama, permainan semakin mencabarkan.

(informasi ini semuanya dipetik daripada lelaman web:http://malaysiana.pnm.my/03/0302batu_seremban.htm)