THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES ?

About Me

My photo
seorang anak murid sekolah menengah GUANGYANG . ingin berusaha untuk mencapai dalam pelbagai SUBJEK . jadi kawan saya dan saya akan MENYAYANGI kamu . :D

kenapa lari rumah ?

a comic strip!

kenapa lambat

Wednesday, January 14, 2009

karangan

Filem dulu (60an) lebih bermutu dibandingkan dengan filem kini (2000-2008) . Berikan pendapat anda .

Walaupun semua filem yang dicipta ada pengajarannya , saya setuju bahawa filem dulu lebih bermutu pengajarannya . Filem dulu dan filem zaman sekarang banyak bezanya . Bezanya dalam segi mutu gambarnya , segi watak , lagu dan dialog yang digunakan , hiburan dan pengajarannya .

Mutu gambarnya terlibat warna filem itu . Pada zaman dahulu , teknologi tidak canggih dan ia menyebabkan filem-filem lama hanya mengandungi dua warna . Iaitu hitam dan putih . Zaman kini pula berbeza . Kini , teknologi begitu canggih sehingga setiap filem dalam dunia ini bukan hanya mempunyai dua , tiga ataupun empat warna . Bermacam-macam warna yang boleh didapati . Pada zaman dahulu juga , pelakon-pelakon di dalam filem ini berpakaian sopan . Ada yang memakai baju tradisional untuk melambangkan bangsa tersendiri . Seperti melayu memakai baju kurung ataupun kebaya , cina memakai chiongsum dan tamil memakai sari . Namun pada zaman kini , pakaian mereka lebih terdedah .

Mungkin saja ramai yang tertanya mengapa ramai rakyat melayu lebih minat dengan filem dahulu daripada filem kini . Pada pendapat saya , ramai lebih minat filem dahulu kerana lakonan dan perbualannya . Cara mereka melakonkan watak mereka dan mengatakan setiap satu dialog itu kelihatan seperti secara semulajadi . Kalau dibandingkan dengan filem kini , guruan yang mereka bualkan tidak begitu lucu seperti tidak menjadi .

Perbezaan juga dapat didapati daripada dialog mereka . Dahulu , dialog mereka mengatakan seratus-peratus bahawa melayu . Namun , kini berbeza . Kadang-kala dialog yang digunakan dicampurkan dengan bahasa lain seperti inggeris . Ramai rakyat melayu mengatakan mereka mengatakan bahasa ‘ rojak ‘ kerana percampuran kata-katanya . Bahasa yang digunakan pada zaman dulu dan kini ada sedikit perbezaan . Dahulu mereka fasih akan berbual melayu tetapi kini ada dialog yang tonggang-langgang . Seperti satu contoh yang dipetik daripada cerita Bujang Senang . Pelakon Saiful Apek mengatakan ‘ Asalkan malam je kau keluar , asalkan kau keluar je malam . ‘ .

Selepas menonton sebuah filem lama iaitu Pendekar Bujang Lapok dan sebuah filem baru iaitu Bujang Senang , saya mendapati hiburannya berbeza . Dalam filem Pendekar Bujang Lapok , mereka mendendangkan sebuah lagu untuk meminta maaf tetapi dalam filem Bujang Senang , dia hanya mengatakan kata-kata manis untuk meminta maaf . Lagu yang mereka dendangkan juga masuk akal , bermakna dan berirama .

Hiburan ada dalam pelbagai segi . Seperti kenderaan . Filem terkini yang berjudul ‘ rempit ‘ menghiburkan penonton dengan motosikal mereka . Motosikal mereka ada pelbagai bentuk , warna dan corak . Namun pada zaman dahulu kenderaan yang gemar dilihat adalah kereta lembu . Jalan cerita filem lama kebanyakkan sama . Filem kini ada yang berbeza . Ada filem yang dimulakan dengan kesimpulan . Namun walaubagaimanapun , semua filem dahulu dan filem sekarang ada masalah yang harus pelakon itu menghadapi .

Pengajaran filem dahulu lebih bermutu dibandingkan dengan zaman sekarang . Contohnya , walaupun pengajaran dalam cerita ‘ rempit ‘ ialah jangan merempit , tetap ramai kalangan remaja merempit kerana mereka lebih memerhatikan motosikal yang cantik dengan pelbagai bentuk , warna dan corak daripada mempelajari kesesalahan pelakon itu . Namun tidak kesemua filem kini tidak berpelajaran yang bagus . Ia terpulang kepada penonton sendiri jika dia mahu atau tidak mengikuti pelajaran itu sebagai suatu bimbingan dalam kehidupan seharian mereka .

Kesimpulannya , pada pendapat saya , saya setuju akan filem dulu lebih bermutu jika dibandingan dengan filem zaman kini kerana setiap masa berubah . Manusia mempunyai cara-cara mereka yang tersendiri dalam segi hiburan dan kehidupan .
( 579 perkataan )

0 comments: