Pada pendapat saya , adab harus ada di dalam seseorang itu . Apatah lagi di tempat awam seperti MRT . Beradab bukan hanya perasaan malu kepada halayat ramai tapi juga suatu tanda kehormatan kepada mereka . Terutama sekali kepada yang belum cukup umur . Apa yang akan mereka fikirkan jika kelakuan yang tidak senonoh dilakukan hadapan mata mereka ? Apakah harus ibubapa mereka jawab jika disoal ? Ada beberapa cara untuk mengelakkan perkara sebegini semua berlaku . Satu cara yang senang ialah tegur dengan secara baik . Beritahu mereka bahawa perbuatan itu tidak dapat diterima . Pernah saya melalui kejadian seperti ini dan remaja ini bukanlah yang seperti perempuan biasa tetapi dia memakai tudung . Astagah . Ramai telah katakan kepada saya bahawa salam tangan lelaki sahaja haram apatah lagi berpeluk didepan orang ramai ? Bukankah sebaik sahaja tudung itu dibuka sebelum memalukan agama sendiri ? Memang saya ada niat untuk menegurnya . Apabila saya toleh ke arahnya sahaja dia telah pun memandang ke arah saya . Mungkin dia tahu apa yang saya maksudkan lalu dia lepaskan pelukkannya . Walaupun saya sendiri seorang remaja , tetap saya jijik perkara sebegini berlaku dihalayat ramai . Dimana kemaluan mereka ? Pada pendapat saya , perkara sebegini bukan salah ibubapa . Ia salah remaja itu sendiri kerana mereka fikir mereka sudah cukup matang untuk berfikir sendiri dan pada mereka, apa sahaja mereka buat adalah suka hati dan masalah mereka . Tidak mungkin tiada ibubapa yang telah menasihati anaknya bahawa jangan berkelakuan tidak senonoh depan orang ramai . Pasti sahaja ibubapa hendak menjaga maruah keluarga mereka lalu menasihati anaknya . Perkara sebegini berlaku kerana kedegillan anaknya sendiri . Mungkin remaja itu kurang disiplin .
( 280 perkataan )
About Me
- ekah
- seorang anak murid sekolah menengah GUANGYANG . ingin berusaha untuk mencapai dalam pelbagai SUBJEK . jadi kawan saya dan saya akan MENYAYANGI kamu . :D
kenapa lambat
Tuesday, April 21, 2009
biar beradab
Posted by ekah at 4:37 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment