THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES ?

About Me

My photo
seorang anak murid sekolah menengah GUANGYANG . ingin berusaha untuk mencapai dalam pelbagai SUBJEK . jadi kawan saya dan saya akan MENYAYANGI kamu . :D

kenapa lari rumah ?

a comic strip!

kenapa lambat

Wednesday, February 11, 2009

karangan lagi

Melestarikan Budaya Warisan Bangsa .
Remaja hari ini masih menitikberatkan dan ingin mengekalkan budaya warisan bangsa Melayu mereka . Berikan pendapat kamu .
_______________________________________________________________

Ramai yang kenal akan empat perkataan ini . Melestari , budaya , warisan dan bangsa . Melestarikan ialah mengatakan sesuatu atau menetapkan sesuatu agar ianya tidak berubah-ubah . Budaya merupakan kata jambeau bagi perkataan buddhi yang bermaksud budi pekerti atau akal . Warisan pula bermakna harta peninggalan ataupun harta pusaka yang telah ditinggalkan secara turun-temurun dari dahulu . Bangsa merupakan jenis manusia daripada satu asal keturunan . Melestarikan budaya warisan bangsa juga boleh disebut sebagai mengekalkan budi pekerti atau akal yang telah diturun-temurun dari dahulu daripada satu asal keturunan .

Antara satu yang boleh dikenalkan dalam budaya ialah seni . Seni ialah seperti tekstil , lukisan dan tarian . Songket dan batik merupakan antara tekstil yang dipakai oleh bangsa Melayu pada zaman kini . Songket dan batik sudah pun diperkenalkan dari dulu pada zaman nenek moyang kami . Namun kain songket dan batik masih dipakai oleh orang-orang melayu sekarang . Tidak kira pada hari istimewa ataupun dalam tarian .

Tarian melayu juga merupakan budaya kami . Tarian melayu mempunyai pelbagai gerak-geri seperti ronggeng dan zapin . Tarian ini ditarikan dengan lagu melayu yang dimain oleh alatan musik seperti kompang . Namun ramai remaja kini lebih menumpukan perhatian kepada tarian moden seperti hip-hop . Kalau ini akan diteruskan , mungkin sahaja tarian tradisional melayu tidak dapat dikekalkan untuk turun-temurun yang mudah nanti .

Rakyat melayu selalunya dikenali sebagai sebuah bangsa yang mengenali adat dalam percakapan kerana peradaban kami . Ini kerana kesantunan dalam percakapan kita atau ketika menyampaikan pendapat dan sebagainya . Sopanan ini disalahkan oleh ibubapa yang mendidik anak dari kecil lagi . Antara satu contoh yang dapat diketengahkan ialah jangan menyampuk apabila orang tua sedang berbicara . Kalau anak itu menyambut , dia akan dianggapkan sebagai kurang ajar dan kurang hormat kepada orang tua .

Pantang larang juga jadi peradaban bangsa melayu . Ramai anak-anak muda kini degil dan tidak mendengar kata orang tua . Ini kerana anak-anak ini tidak dapat mengawal emosi sendiri . Dengan itu ciptanya pantang larang . Pantang larang dapat membuat anak-anak muda fikir secara rasional dan matang sebelum bertindak . Hingga kini , pantang larang masih digunakan . Namun kelihatan , anak-anak muda kini tidak begitu peduli . Jika ia terus berlaku , mungkin sahaja orang yang berbangsa lain tidak akan memandang melayu sebagai sebuah rakyat yang bersopan-santun .

Namun walaubagaimanapun , peradaban tetap dapat dilihat di kalangan anak-anak muda . Hari Raya Aidilfitri menjadi satu contoh yang cukup bagus . Mereka akan saling kunjungi satu sama lain . Mereka akan bermaafan secara sopan dan bersalam-salaman .

Begitu juga pada hari perkahwinan . Silat diketengahkan sebagai tanda hormat kepada pengantin . Silat masih dikekalkan sejak dahulu lagi . Silat juga adalah satu seni untuk melindungi diri sendiri .

Pada pendapat saya , sesetengah kalangan mahu mengekalkan budaya warisan bangsa melayu seperti dalam seni . Namun hanya bahasa yang telah mereka mempersalahgunakan .
( 478 perkataan )