PENGGUNAAN INTERNET SUNGGUH TERKENAL DIKALANGAN ZAMAN TERKINI . IA DIGUNAKAN UNTUK MEMBUAT KERJA LEBIH MUDAH . SESIAPA PUN BOLEH MENGGUNAKANNYA TIDAK KIRA YANG MUDAH ATAUPUN TUA . NAMUN , SETIAP PENGUNA INTERNET HARUS BERTANGGUNGJAWAB ATAS APA YANG DILAKUKAN APABILA MELUNGSURI INTERNET .
PADA MASA DAHULU , MEREKA TIDAK MEMPUNYAI KEGUNAAN TEKNOLOGI . MEREKA HANYA DAPAT MENONTON VIDEO DI TELEVISYEN ATAUPUN MENDENGAR LAGU TERKINI DI RADIO . KINI DENGAN TEKNOLOGI , MEREKA DAPAT MUAT TURUN VIDEO-VIDEO ATAUPUN LAGU TERKINI NAMUN KELAKUAN INI SALAH . MEMUAT TURUN SESUATU DARIPADA INTERNET ADALAH HARAM KERANA IA TIDAK MEMPUNYAI LESEN . WALAUBAGAIMANAPUN , PENGGUNA INTERNET TETAP MUAT TURUN SECARA HARAM . IA ADALAH SESUATU KELAKUAN YANG SALAH . SEBAGAI SEORANG YANG BERTANGGUNGJAWAB , MEREKA HARUS IKUT PERATURAN DAN TIDAK MEMBUAT SESUATU YANG HARAM . KELAKUAN INI BOLEH MENYEBABKAN SEORANG ITU DIPENJARA . PENGUNAAN SEPATUTNYA MUAT TURUN DENGAN IZIN PEMILIK .
IA JUGA TERLETAK KEPADA GAMBAR-GAMBAR YANG BERADA DI LELAMAN WEB . PENGGUNA INTERNET HANYA MENIRU DAN MENAMPALKANNYA DAN MEMBUAT GAMBAR ITU SEBAGAI KERJANYA SENDIRI . DENGAN KELAKUAN BEGINI , ORANG ITU BOLEH DISAMAN . WALAUPUN GAMBAR ITU TIDAK DIIZINI OLEH PEMILIKNYA , ORANG YANG MENIRU GAMBAR ITU HARUS MELETAKKAN NAMA PEMILIKNYA .
RAMAI REMAJA KINI GEMAR MENYUNTING GAMBAR MEREKA . IA MEMBUAT GAMBAR ITU LEBIH MENARIK DILIHAT ORANG . FAIL SUNTING INI SELALUNYA DIDAPATI DARIPADA CD-CD . DENGAN TENOLOGI , MEREKA BOLEH HANYA MUAT TURUNNYA DARIPADA INTERNET SAHAJA . KALAU MEREKA TIDAK BERJAGA-JAGA , KOMPUTER MEREKA AKAN TERKENA VIRUS . DENGAN CARA YANG SELAMAT , SEHARUSNYA MEREKA HANYA MEMBELI CD .
ZAMAN MODEN TELAH MEMBUKAK LELAMAN WEB SEPERTI HOTMAIL , MSN , BLOG ATAUPUN FRIENDSTER KEPADA DUNIA TERKINI . IA MEMBERI SESEORANG MENGENALI ORANG ASING YANG TIDAK DIA KENAL . NAMUN DENGAN PERTOLONGAN INI , MEREKA TIDAK SEHARUSNYA MENGAMBIL KESEMPATAN UNTUK MENIPU SEORANG MELALUI INTERNET . KESEMPATAN INI MEMBERI SEORANG ITU MENGENALI LEBIH RAMAI KAWAN DAN IA HARUS DIHARGAI . INI ADALAH CARA-CARA PENGGUNA INTERNET YANG BERTANGGUNGJAWAB . INTERNET DICIPTA UNTUK DIGUNAKAN DENGAN CARA YANG BETUL . SEBAGAI SEORANG YANG BERTANGGUNGJAWAB , KAMI DAPAT MENGGUNAKAN INTERNET DENGAN LEBIH SELESA TANPA VIRUS .
(347 PERKATAAN)
TERIMA KASIH . :D
About Me
- ekah
- seorang anak murid sekolah menengah GUANGYANG . ingin berusaha untuk mencapai dalam pelbagai SUBJEK . jadi kawan saya dan saya akan MENYAYANGI kamu . :D
kenapa lambat
Tuesday, August 12, 2008
KARANGAN __ CARA-CARA MENJADI PENGGUNA INTERNAT YANG BERTANGGUNJAWAB . .
Posted by ekah at 5:38 PM 0 comments
Wednesday, July 23, 2008
Gasing- Perbezaan
Gasing Uri
Gasing uri memerlukan dua orang. Seorang memegang cokok dan seorang lagi memegang lopok. Cokok diperbuat daripada kayu dan berbentuk leper seperti sudip, kira-kira 60 cm panjang. Lopok juga diperbuat danipada kayu tetapi berbentuk torak atau pun seperti pancang, 45 cm panjang. Cokok diperbuat daripada kayu dan berbentuk leper seperti sudip, kira-kira 60 cm panjang. Lopok juga diperbuat danipada kayu tetapi berbentuk torak atau pun seperti pancang, 45 cm panjang.
Gasing pangkah
Gasing pangkah pula dimain secara berkumpulan. Setiap pasukan terdiri daripada dua hingga lima orang. Untuk menentukan pasukan menanti dan pasukan memangkah, peraduan uri diadakan, antara gasing-gasing yang mewakili pasukan-pasukan yang mengambil bahagian.
Pasukan yang gasingnya paling lama berpusing menjadi pasukan memangkah pertama. Permainan dimulakan dengan pasukan menanti melemparkan gasing mereka ke tengah-tengah bong. Kemudian pasukan memangkah pula memangkah gasing mereka. Tiap-tiap gasing pasukan memangkah mesti mengetuk salah satu gasing pasukan menanti. Tujuannya ialah sama ada memecahkan gasing lawan ataupun sekurang-kurangnya menjejaskan keseimbangan pergerakannya supaya cepat berhenti berpusing.
Dalam perlawanan gasing ini, setiap pasukan mempunyai jong cokok. Selesai pemangkahan, gasing-gasing di dalam bong itu dicokokkan dan dipindahkan ke atas lopok, seperti dalam pentandingan gasing uri. Jika salah satu gasing pihak menanti berpusing lebih lama, pihak itu tidak diberi markah tetapi ditukarkan menjadi pemangkah. Pasukan yang memangkah tadi kini menjadi pasukan menanti pula.
(dipetik daripada lelaman web http://malaysiana.pnm.my/03/0307gasing.htm)
Posted by ekah at 8:47 PM 0 comments
Sunday, July 20, 2008
Gasing-cara bermain
Cara bermain
Gasing memerlukan tali yang setebal 1.75 cm dan sepanjang 3 hingga 5 meter . Ia pula dililitkan pada jambulnya hingga meliputi seluruh permukaan gasing. Supaya gasing itu berpusing, ia harus dilemparkan ke atas tanah dan serentak dengan itu tali yang melilit jambuhnya direnggut.
Gasing juga ada pertandingannya namun, pertandingan antara gasing uri dan gasing pangkah cukup berbeza. Gasing uri lebih bersifat individual, manakala gasing pangkah bersifat kumpulan.
(dipetik daripada lelaman web http://malaysiana.pnm.my/03/0307gasing.htm)
Posted by ekah at 6:32 PM 0 comments
Saturday, July 19, 2008
Gasing-cara bermain
Cara bermain
Ia mempunyai dua cara untuk bermain iaitu gasing pangkah atau gasing uri.
Gasing pangkah, dimainkan dengan melemparkannya supaya mengetuk gasing lawan.
Gasing uri dipertandingkan untuk menguji ketahanannya berpusing.
Gasing pinang pula dimainkan oleh kanak-kanak. Ia mudah dikupaskan sabut dan kulitnya, dipangkaskan bahagian atas dan bahagian bawahnya, kemudian dicucukkan lidi buluh melalui pulurnya menjadi paksi serta pemegang gasing itu. Gasing ini boleh dilagakan atau diurikan.
(dipetik daripada lelaman web http://malaysiana.pnm.my/03/0307gasing.htm)
Posted by ekah at 8:27 PM 0 comments
Permainan tradisional- Gasing
Gasing
Gasing popular di Semenanjung terutama di Kelantan. Orang dewasa yang memajukan seni permainan ini, bagi kanak-kanak lebih gemar dengan gasing Melayu dan Cina, kerana saiz yang kecil dan mudah dipermainkan.
Jenis-jenis gasing
Terdapat pelbagai bentuk gasing. Contoh-contoh gasing ialah seperti gasing jantung, gasing piring atau leper, gasing kelamar, gasing telur, gasing berembang, gasing Melayu, gasing Cina, gasing buku benang dan gasing pinang.
(dipetik daripada lelaman web http://malaysiana.pnm.my/03/0307gasing.htm)
Posted by ekah at 5:06 PM 0 comments
Friday, July 18, 2008
Gasing
Cara membuat gasing
Gasing selalunyaa diperbuat daripada kayu. Kayu yang digunakan ialah dari spesis merbau, seperti merbau tanduk, merbau darah, merbau johol dan merbau keradah, ianya mudah dilarik tetapi tidak mudah serpih tetapi adalah pelbagai lagi kayu yang digunakan juga seperti kayu leban tanduk, limau, bakau, koran, sepan, penaga, keranji. Kayu seperti kayu manggis, jambu batu, ciku atau asam jawa, yang senang dijumpai, juga digunakan.
Ia dibuat mengikut saiz dan bentuk gasing yang ditentukan oleh pemilik. Kayu itu dilarik.
besi paksi dibenamkan ke dalam kayu tersebut agar keseimbangan dari segi bulatnya dapat dilakukan ketika melarik.
(dipetik daripada lelaman web http://malaysiana.pnm.my/03/0307gasing.htm)
Posted by ekah at 8:20 PM 0 comments
Cara permainan-Menimbang dan Mati Permainan
Setelah akhir kesemua tujuh peringkat, tiba pula peringkat menimbang dan mati permainan.
Menimbang
Dalam peringkat ini, pemain harus menimbang batu untuk mendapatkan mata. Menimbang buah diperingkat ini ada dua kaedah. Cara pertama sama seperti permulaan menentukan pemain, mata dikira hanya mengikut bilangan biji buah yang dapat ditimbang tetapi jika buah yang ditimbang itu disambut dengan cara mencangkuk, maka mata dikira sekali ganda dari jumlah biji buah yang dapat disambutnya.
Mati Permainan
Sekiranya ibu tidak dapat disambut atau semasa mengutip buah di atas lantai tangan mengenai biji buah yang lain atau tidak dapat mengutip buah sehingga ibu jatuh atau semasa menimbang buah dan pemain tidak dapat walau sebiji buah ianya dikira mati, iaitu permainan ditamatkan, dan permainan akan diserahkan kepada pemain seterusnya.
(dipetik dari lelaman web http://malaysiana.pnm.my/03/0302batu_seremban.htm)
Posted by ekah at 2:38 PM 0 comments
Tuesday, July 15, 2008
Batu Seremban-Peringkat Empat, Lima, Enam dan Tujuh.
Peringkat kelima dipanggil sebagai Buah Lima.
Diperingkat ini urutan dari memainkan buah empat, sementara di dalam tangan tergenggam lima biji buah, sebiji dari buah hendaklah dilambungkan dan empat biji buah baki hendaklah diletakkan di atas lantai pula serta menyambut buah ibu sahaja.
Walaupun peringkat ini nombor lima, saya rasa peringkat ini agak senang seperti peringkat pertama.
Peringkat Keenam dipanggil Buah Enam.
Ditahap buah enam terdapat perbezaan, ianya juga dinamakan buah tukar dimana dua biji buah dijadikan buah ibu. Apabila sebiji daripadanya dilambungkan ke udara maka sebiji lagi buah ibu itu hendaklah ditukarkan dengan buah lain yang terdapat di atas lantai. Ia diulang sehingga habis.
Peringkat ini juga tidak begitu susah tetapi agak mencabar buat saya.
Peringkat Ketujuh dipanggil Buah Tujuh.
Buah tujuh adalah urutan dari peringkat permainan buah enam. Dua biji buah yang masih berada di dalam tangan hendaklah dilambungkan serantak. Sementera itu, sebiji buah hendaklah dikutip. Buah ibu hendaklah disambut dengan kedua belah tangan, sebiji disebelah kanan dan sebiji lagi disebelah kiri. Pada buah ibu yang terakhir dilambungkah hendaklah juga disambut.
Peringkat ini susah buat saya walaupun ia agak sama dengan peringkat yang keenam.
(Dipetik daripada lelaman web:http://malaysiana.pnm.my/03/0302batu_seremban.htm)
Posted by ekah at 12:24 PM 0 comments
Batu Seremban-Peringkat Satu, Dua dan Tiga
Setiap peringkat ada nama tersendiri.
Peringkat satu dipanggil Buah Satu.
Kesemua lima-lima buah harus ditabur di atas lantai supaya kelihatan berselerak dan kesemua buah itu tidak boleh sentuh antara satu dengan yang lain. Sebiji buah diambil untuk dijadikan ibu dan ia dilempar ke udara. Dalam masa yang sama sementara buah ibu masih berada diudara, sebiji lagi buah hendaklah dikutip dan sementara itu, pemain hendaklah menyambut buah ibu apabila telah disambut sebiji buah hendaklah digenggam di dalam tangan yang sebelah lagi. Perlakuan begini dibuat berterusan sehingga kesemua buah di atas lantai itu habis dilambung dan disambut.
Peringkat ini agak senang buat saya! :)
Peringkat kedua pula dipanggil Batu Dua.
Cara buah dua dimainkan adalah serupa seperti buah satu, tetapi buah yang dikutip mestilah dengan dua biji serentak. Peringkat ini hanya memerlukan dua langkah.
Peringkat ini agak sama tetapi susah sedikit kerana saya harus memegang dua batu dalam satu tangan!
Peringkat tiga dipanggil Batu Tiga.
Buah tiga pula terdapat sedikit perbezaan. Langkah pertama adalah dengan mengutip sebiji buah dahulu. Akhirnya, ketiga-tiga buah yang belum dikutip akan terus dikutip serentak.
Peringkat tiga ini agak susah dimainkan.
Saya sendiri mempunyai kesusahan!
(Dipetik daripada lelaman web:http://malaysiana.pnm.my/03/0302batu_seremban.htm)
Posted by ekah at 11:47 AM 0 comments
Tuesday, July 8, 2008
Contoh gambar Batu Seremban
Ini adalah beberapa gambar menunjukkan bentuk Batu Seremban.
Sebenarnya, gambar-gambar ini telah menarik perhatian saya dan kerana itu, saya post gambar ini untuk mengongsinya dengan kamu semua.
(Dipetik daripada Google)
Posted by ekah at 12:20 PM 0 comments
Batu seremban-Cara bermain
Sebelum mula permainan, seorang demi seorang pemain dikehendaki menimbang buah, bagi mendapatkan mata sebagai penentuan siapa yang akan bermain dahulu sebagai pemain pertama, kedua, ketiga dan seterusnya. Cara menimbang buah adalah dengan kesemua buah diletakkan di atas tapak tangan dan dilambung keudara, kemudiannya hendaklah disambut pula dengan belakang tapak tangan. Jumlah buah yang dapat disambut itu adalah dikira sebagai mata.
Cara bermain
Permainan ini terdapat sembilan peringkat. Peringkat satu dinamakan Buah Satu dan seterusnya hingga Buah Tujuh lalu harus Menimbang dan akhirnya Mati Permainan untuk berakhirkannya.
(semuanya dipetik daripada lelaman web:http://malaysiana.pnm.my/03/0302batu_seremban.htm)
Posted by ekah at 12:09 PM 0 comments
Wednesday, July 2, 2008
Batu seremban-intro
Batu seremban
Batu seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Selalunya dimain oleh kanak-kanak perempuan. Ia boleh dimain secara individu ataupun berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih.
Lima buah objek diperlukan untuk bermain permainan ini.
Dimain di atas lantai ataupun tempat yang licin dan rata untuk mudahkan permainan.
Dalam permainan ini, terdapat sembilan tahap. Setiap tahap ada berlainan cara bermain. Semakin lama, permainan semakin mencabarkan.
(informasi ini semuanya dipetik daripada lelaman web:http://malaysiana.pnm.my/03/0302batu_seremban.htm)
Posted by ekah at 3:16 PM 0 comments
Monday, June 30, 2008
Pertandingan Blogging-Permainan Tradisional 2008
Perasaan&reaksi
Saya rasa ia sungguh leceh dan bosan kerana topic " Permainan Tradisional ' ini telah kami lakukan tahun lepas. Kami harus mengulang kembali segalanya yag kami sudah lakukan. Namun, saya harus berusaha untuk membuat blogging ini demi sekolah dan pelajaran. Saya rasa entry untuk blogging ini terlalu banyak. Topiknya juga agak sukar untuk dilungsuri dan informasi sukar dicari. Saya harap saya dapat melakukannya dan saya harap bosan saya akan mengurang supaya dapat menghabiskan blogging ini.
Saya harus mencari informasi daripada internet ataupun daripada buku-buku di perpustakaan sebelum memulakan entry kedua saya. Saya akan berusaha bahawa informasi yang saya beri akan lain daripada orang lain dan gambar-gambar akan saya menarikkan
Posted by ekah at 12:21 PM 1 comments